Sunday, 29 April 2012

andai kau tahu

caraku sederhana. tetapi cintaku mendalam

andainya dirimu tahu..aku jaga perasaan ini tdk memberitahu dirimu kerana terlalu sayang akan dirimu,tdk mahu  dirimu terhimpit dgn rasa cinta yang hanya pada dasar harapan.aku ingin meluah kata cinta bersamanya impian yang mampu ditunaikan bukan hanya kata2 di awangan.maafkan keserhanaaku..:(

#pesanan ini untuk bakal suamiku :)

Jumpa dia lagi..:D

assalamualaikum kepada bloger2 sekalian..hai2 ! lama jugak aku tak update blog nih.
semalam,hari sabtu bersamaan dengan 28 april tahun 2012, aku pergi jemputan kawen rumah bff aku LAYLA NASHA..nak tahu sape,korang taip laa nama dia kat fb.balik dari kelas ibnu sina aku terus siap siap nak pergi rumah dia..akak dia kawen..tengah siap2 tuh eyka text kat aku..rupanya dia pon ade kt rumah si layla nih.tapi tak sempat jumpa dia laa sebab aku pergi dengan kawan aku,syuhadah ! sampai je kat sana,aku dgr suara yang macam pernah aku dengar.rupanya-rupanya abg wan.masa pak cik aku buat kenduri kawen dia nih pon ade.jadik dj..mesti korang tertanya2 kan macam mana abg wan nih kenal aku?time kawen kat rumah pak cik aku tuh,aku dgn beraninya karoke sebab syuhadah yang ajak..padahal aku nih bukanlah kaki karoke kat rumah orang kawen nih..mybe sebab rumah pak cik,aku ada sifat berani laa..masa tengah nak pilih lagu tuh,abg wan nih pon tanya kat aku dgn syuhadah "siapa nama ? " aku dgn syuhadah pon jwb laa,NUR FATEHAH DGN NUR SYUHADAH.tiba2 dia cakap EH,NAMA AWAK BERDUA SAMA DENGAN NAMA ANAK SAYA.YANG TUA NUR SYUHADAH,ADIK DIA NUR FATEHAH.aku dgn syuhadah pon terkejut laa..yela,tak sangka boleh sama nama pulak.pastuh kteorang rancak laa borak2..abg wan nih pon peramah..yang paling kelakor bila dgr dia ketawa.suara dia pon boleh tahan laa sedapnya.de sorang abg nih cakap ANAK2 WAN.haha..lawak seyh
tak sangka pulak family layla nih amek dia jdk dj..aku dengan syuhadah pon dah malu..niat di hati kat rumah layla nanti nak karoke,tapi bila nampak dia je,terus malu..hehe..malu tapi mahu ! syuhadah yang tak berapa nak malu,tiba2 jadik malu..dia yang selalu nyanyi pon malu,ape tah lagi aku nih yang tak selalu karoke rumah orang kawen.
lama jugak laa aku lepak rumah layla..tiba2 syuhadah ubah fikiran.dia ajak karoke.kteorg pon pegi laa tmpat karoke.nak pilih lagu.tgh pilih2 dari jauh dia dah senyum2..rupanya dia masih ingat kteorg..dia cakap NUR SYUHADAH DAN NUR FATEHAH..pastuh time kteowg duet pon dia asyik senyum je..
nak jadikan cerita,tiba2 aku teringat kat dia.gara2 aku dgr lagu nih laa...rindu pulak kat dia..haha..ah,sudah ! miang aku dah start..dia dah kawen teha oii..aku harap lpz nih dpt jmpe dia lagi kat tkb..:D
harap korang enjoy dgr lagu nih..lagu nih abg wan tuh paling suka dgr..


Tidak pernah ku rasa sepi sebegini
Rindu padamu kasih bila ditinggal pergi
Mana sumpah dan janji setiamu padaku
Manis cuma dibibir mainan kata-katamu

Terpaksa terima walau kering airmata
Berserah pada yang esa
Tiada harta berjuta dapatt kuberikan
Hanya hati dan belaian dapat kupertahankan

Terpaksa terima walau kering airmata
Tak sanggupku bercinta
Indah cuma kata-kata
Terpaksa ku telan kata indah pujangga

Merindu tak kesampaian
Seperti pungguk dan bulan
Tiada harta berjuta dapatt kuberikan
Hanya hati dan belaian dapat kupertahankan

Pada angin sampaikaan kasihku padamu
Agar dapat kau rasakan
Rinduku tiada berteman

Sunday, 15 April 2012

hate this pill !!

first of all,assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
minggu depan 17,18,19 april 2012 ada pertandingan netball mssd dekat stadium tertutup kluang.
disebabkan aku nih boleh dikatakan atlet laa jugak kan (hehe..perasan je )so cikgu fiza pon suruh atlet2 nih makan ubat.kononya nak tambahkan energy,supaya tak injured..mcm2 laa..so kenalah makan ubat nih 1 biji sehari,fuhh!! nasib baik 1 biji sehari..sebenarnya aku nih bukanlah jenis yang takut makan ubat cuma ubat nih aku tak boleh nak telan..bau dia tak sedap laa..tapi mak aku boleh cakap bau dia sedap.bau koko..siap nak belikan untuk aku lagi.maklomlah,tiap2 malam kalau aku buat homework mesti tertidur..so,mak aku tengok aku nih asyik letih je.sebab tuh dia kalau boleh nak carikan suplement untuk aku supaya tak penat.aku cakap dengan mak aku yang aku tak suka ubat nih..fuhh !! nasib baik mak aku memahami..so,untuk beberapa hari nih terpaksa laa aku telan jugak ubat tuh..AMANAH!!

nih ha ubat yang buat aku termuntah
                                   

HAYATILAH BAIT-BAIT CINTA

                                               



".. .. kadangkala kita dipertemukan dan bercinta dengan orang yang salah sebelum dipertemukan dan bercinta dengan orang yang tepat .. .."".. .. jangan terlalu memikirkan tentang orang yang layak dan berhak untuk mencintai sebaliknya fikirkanlah untuk menjadi orang yang layak dan berhak untuk dicintai .. .."".. .. kadangkala cinta itu kian mekar hanya ia hadir dalam suasana yang pudar .. .."


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


 Bagi mereka yang berkasih hayatilah kata - kata ini :Cinta kepada bunga , bunga akan layu . Cinta kepada makhluk , makhluk akan mati . Cinta kepada ALLAH akan kekal selamanya .Kita boleh bercinta sesama makhluk iaitu manusia . Tetapi perlulah ada batas batasnya . Kita jangan terlalu ghairah mengejar cinta , kelak kita sendiri akan binasa . Tidak kira walau apa pun yang kita lakukan , mestilah berlandaskan hukum hukum Allah s.w.t . Kita jangan terlalu leka dengan kehendak dan tuntutan dunia , kerana ia akan merugikan diri kita . Kemana jua kita pergi , dimana jua kita berada , setiap saat , setiap waktu , ingatlah ALLAH sentiasa . INGAT . Jangan sesekali kita melupai Allah Taala , kerana buruk padahnya . Diingatkan sekali lagi , bukan penyakit yang datang mencari kita . Tetapi kita yang mencari penyakit . Ia diibaratkan seperti menempah maut , membujur lalu . Jangan kita jadi seperti pepatah orang melayu " RUMAH KATA PERGI , KUBUR KATA MARI , MASIH TAK SEDAR DIRI ".

Saturday, 14 April 2012

ISFA ONLY

bila hati berdebar2 jumpa seseorang adakah itu cinta ? hati aku berdebar2 bila jumpa kau..serius !! tapi aku hanya mampu pandang kau dari jauh.tapi kau pandang tempat lain..

YA ALLAH,KAU SAMPAIKANLAH SALAM RINDU KU KEPADA ____________AGAR AKU SENTIASA MENJADI KERINDUANNYA.KAU SATUKANLAH HATI KAMI,PERTEMUKAN LAH JODOH DI ANTARA KAMI..AMIN YA RABBALA'LAMIN 

FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
aku baru je balik dari forum perdana di dataran tasik kluang.sampai je rumah,aku terus on lappy semata2 nak update blog pasal forum perdana nih.alhamdulillah ramai jugak orang kluang yang hadir majlis ilmu nih.ahli panel memang hebat2 belaka..antaranya PROF.DR.RIDHUAN TEE ABDULLAH , PENSAYARAH DI UPNM  (serius hencem giler walaupun dia tuh botak + kelakar orangnya ),DATUK HJ NOH GADOT, PENASIHAT MAJLIS AGAMA JOHOR dan seorang  lagi nih aku lupa namanya.tajuknya menarik iaitu pasal perpaduan ummah islam.sesuai laa situasi sekarang nih yang aku tengok umat islam memang berpecah belah akibat daripada perbezaan politik.sedih,pilu hati aku bila tengok keadaan sekarang nih.
aku nak kongsikan sikit ilmu kat korang yang tak dapat nak hadir majlis nih.

BAGAIMANA KITA NAK JADI UMAT ISLAM YANG BAIK?

# B - baik dari segi BAHASA
# A - baik dari segi ADAB
# I - baik dari segi IMEJ
# K - baik dari segi keterampilannya

APA MAKSUD DISEBALIK PERKATAAN UMMAH ?

# U - UNITY
# M - MODERATE
# M -MOTIVATED
# A - ( aku terlupa perkataannya )
# H -HARMONI


encem kan ? hehe

                                       




                                           

                                             




Wednesday, 11 April 2012

TSUNAMI

Hari nih berlaku dekat acheh gempa bumi 8.6 skala  ritcher dan berlakunya tsunami dekat acheh. Dan dijangka beberapa kawasan di malaysia akan terkena iaitu di sekitar geogtown,port dickson..
aku nak menyeru kat korang semua berdoa supaya malaysia dijauhkan daripada segala bala bencana.

YA ALLAH,KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DARIPADA BALA BENCANAMU..AMIN YA RABBALALAMIN

NASYID OHH NASYID

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
mesti ada yang tertanya-tanya kan nasyid tho nih menang atau tak..sebenarnya nak cerita pun macam nak tak nak je nih . sebelum cerita nak ambil mood touching jap..hehe
nak tahu sangat kan,okeyh laa...sebenarnya sekolah tho kalah !!! HUAAAAAHHHHHHHHH !! ;(
tak de rezeki tahun nih nak menang..keputusan pertandingan tuh :

1 - sekolah tinggi kluang
2- smk simpang renggam
3- ssaj

bila dah keluar keputusan tuh memang kecewa gila sebab tak dapat bagi yang terbaik..tak dapat dinafikan memang banyak laa spoil nya tapi nak buat macam mana kan..nak tak nak kena terima jugak..bak kata ustazah zanariah : MENANG KALAH ADAT PERTANDINGAN..APA YANG AWAK DAPAT IALAH PENGALAMAN YANG BERHARGA :D

bila aku pikir2 balik,betul jugak cakap ustazah tuh..okeyh laa,bak kata P.Ramlee "barang yang lepas hai jangan dikenang kalau dikenang meracun diri "

THE END..

Sunday, 1 April 2012

CUAK !


macam nih laa muka aku sekarang nih 
                                         



assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh !
sekarang aku tengah gemuruh,nervous nih..nak tahu sebab pe? sebab esok dah start pertandingan nasyid kat smk simpang renggan..serius tegah cuak laa..tidur tak lena laa malam nih sebab pikir pasal nasyid.aku harap kejayaan berpihak kat smktho !! doakan tau! aku nak buktikan kat afiq yang kitaorang boleh buat..bukan macam pe yang dia cakap..yeah ! u can do it fatehah..nak tahu tho menang ke tak,jawapannyer TUNGGU ! :D